Salam kemerdekaan,nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meraikan kemerdekaan negara yang ke-54.Sebagai anak Malaysia,KAR semestinya berasa amat terharu,bangga dan sangat bersyukur dengan apa yang dikecapi negara kita sekarang.Baiklah,tajuk entry KAR kali ini bukan mengenai kemerdekaan tetapi KAR ingin menulis tentang sukan sekali lagi khususnya tentang bola sepak Malaysia yang semakin meningkat ketika ini.Apa yang ingin diperkatakan oleh KAR adalah tentang pemikiran kita terhadap skuad bola sepak negara kita sekarang.Apakah mentaliti kita sebagai pemain dan penyokong kini adalah betul??
Jika diimbau kembali ke suatu era dahulu,bola sepak kita adalah jauh lebih baik bebanding dengan negara di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.Tetapi sebaliknya berlaku kepada bola sepak Malaysia ketika ini.Ketika kita gah sebagai juara Asia Tenggara,Jepun dan Korea Selatan kini telah disegani di pentas dunia.Malah,skuad bola sepak wanita Jepun telah pun muncul juara Piala Dunia Wanita 2011..Di mana skuad wanita kita???Masih bergelut untuk megalahkan skuad lelaki bawah 12 tahun.Bukan untuk memperkecilkan mana-mana pihak tetapi inilah realiti bola sepak kita sebenarnya.Jadi.tidak hairanlah pemain seperti Park Ji Sung boleh dianggap sebagai bakal lagenda Manchester United satu hari nanti,malah muncul pula pemain muda dari Okazaki,Jepun iaitu Ryo Miyaichi yang bakal menjadi bintang Arsenal.Baru berusia 18tahun.pemain muda Jepun itu sudah mula mendapat kepercayaan daripada Arsene Wenger.Tetapi di mana pemain kita???Kita berbangga kerana Safee Sali beraksi di Liga Indonesia???Tidak dinafikan kita boleh berbangga tetapi kita perlulah melihat dari segi kualiti Liga Indonesia sendiri,lebih kurang sahaja dengan liga kita sebenarnya.Oleh itu,pemikiran kita haruslah segera diubah jika ingin melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia satu hari nanti.Pemain perlu "set" bahawa pentas Asia Tenggara adalah pentas untuk mereka "warm up" sahaja dan tidak perlu menghormati mana-mana negara di Asia Tenggara ini tetapi perlu fokus kepada pasukan yang lebih hebat di pentas antaranbangsa.Bukan penulis bersikap sombong,tetapi inilah wajib ada pada minda pemain Malaysia jika mahu berjaya.
Bukan hanya pemain,penyokong juga perlu mempunyai tranformasi minda jika ingin melihat Malaysia kembali gagah seperti dahulu.Contohnya ketika kita tewas kepada Liverpool 6-3 dalam Asia Tour sebelum ini,tewas tipis kepada Chelsea 0-1..Perlawanan persahabatan Harimau Muda A di Slovakia pula,kita menang tipis dengan beberapa pasuka kelab seperti FK Bodva Moldava,MFK Topvar Topolcani,,MFK Tatran dan selepas itu,kita tewas besar 1-4 kepada Budapest Honved(dalam tempoh entry ini ditulis).Apa kata penyokong kita??"Okey la tu,kita tewas kepada kelab bertaraf dunia,boleh bolos Liverpool 3gol pulak.Bagusla,bukan senang nk bolosi mereka"Kenapa kita tidak berfikir bahawa kita sebenarnya tewas kepada pasukan hanya berstatus kelab sedangkan kita adalah berstatus kebangsaan/negara.Skuad Harimau Muda A pula tidak boleh kalah kepada pasukan kelab kerana mereka adalah pasukan yang bakal membawa harapan negara beraksi dalam Sukan Olimpik.Inilah pemikiran yang harus diubah sebenarnya.Dalam kejohanan Universiade 2011 di Shenzen,China pula skuad universiti/belia kita pula tewas 1-2 masing-masing kepada Ukraine dan Brazil(dalam tempoh entry ini ditulis).Kata penyokong"Kita harus bangga kerana kita tewas kepada pasukan terbaik dunia,tewas tipis kira kita okey la kita bersaing sengit".Jika inilah pemikiran kita,nescaya bola sepak kita tak akan ke mana.Oleh itu,kita hendaklah berfikiran positif sekiranya ingin mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.KITA KENA INGAT TEWAS TIPIS 1-0 SEKALIPUN,KITA TETAP TEWAS.ITULAH HARUS ADA DALAM MINDA KITA SEBENARNYA.
p/s:KAR bukan belagak pandai tetapi KAR mahu melihat skuad bola sepak kita di pentas Piala Dunia satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment