Pages

Monday, August 29, 2011

Arsene Wenger bakal disingkir??

sejak 1996 bersama ARSENAL

Selepas mengharungi 3 perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris(EPL),jelas memperlihatkan pasukan berstatus bintang iaitu Arsenal bagaikan hilang punca.Kehilangan tonggak utama seperti Cesc Fabregas(ke Barcelona),Clichy dan Samir Nasri(ke Manchester City)setakat ini pasukan "The Gunners" telah melepaskan 10gol manakala hanya mampu menjaringkan 2gol iaitu ketika tewas kepada Manchester United 8-2.



Kini mula timbul persoalan bahawa apakah Arsene Wenger,pengurus dari Perancis ini bakal muncul sebagai pengurus pertama pasukan dalam EPL yang akan dipecat.Pembelian Gervinho setakat ini nyata tidak mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Samir Nasri.Ditambah pula dengan kecederaan pemain dan penggantungan akibat kad merah mengeruhkan lagi keadaan skuad ini.

Sama-sama kita nantikan apakah pengurus hebat ini bakal dipecat.....
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI:)


Monday, August 15, 2011

UBAH PEMIKIRAN,PANDANG KE HADAPAN JIKA MAHU BERJAYA

Salam kemerdekaan,nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meraikan kemerdekaan negara yang ke-54.Sebagai anak Malaysia,KAR semestinya berasa amat terharu,bangga dan sangat bersyukur dengan apa yang dikecapi negara kita sekarang.Baiklah,tajuk entry KAR kali ini bukan mengenai kemerdekaan tetapi KAR ingin menulis tentang sukan sekali lagi khususnya tentang bola sepak Malaysia yang semakin meningkat ketika ini.Apa yang ingin diperkatakan oleh KAR adalah tentang pemikiran kita terhadap skuad bola sepak negara kita sekarang.Apakah mentaliti kita sebagai pemain dan penyokong kini adalah betul??

Jika diimbau kembali ke suatu era dahulu,bola sepak kita adalah jauh lebih baik bebanding dengan negara di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.Tetapi sebaliknya berlaku kepada bola sepak Malaysia ketika ini.Ketika kita gah sebagai juara Asia Tenggara,Jepun dan Korea Selatan kini telah disegani di pentas dunia.Malah,skuad bola sepak wanita Jepun telah pun muncul juara Piala Dunia Wanita 2011..Di mana skuad wanita kita???Masih bergelut untuk megalahkan skuad lelaki bawah 12 tahun.Bukan untuk memperkecilkan mana-mana pihak tetapi inilah realiti bola sepak kita sebenarnya.Jadi.tidak hairanlah pemain seperti Park Ji Sung boleh dianggap sebagai bakal lagenda Manchester United satu hari nanti,malah muncul pula pemain muda dari Okazaki,Jepun iaitu Ryo Miyaichi yang bakal menjadi bintang Arsenal.Baru berusia 18tahun.pemain muda Jepun itu sudah mula mendapat kepercayaan daripada Arsene Wenger.Tetapi di mana pemain kita???Kita berbangga kerana Safee Sali beraksi di Liga Indonesia???Tidak dinafikan kita boleh berbangga tetapi kita perlulah melihat dari segi kualiti Liga Indonesia sendiri,lebih kurang sahaja dengan liga kita sebenarnya.Oleh itu,pemikiran kita haruslah segera diubah jika ingin melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia satu hari nanti.Pemain perlu "set" bahawa pentas Asia Tenggara adalah pentas untuk mereka "warm up" sahaja dan tidak perlu menghormati mana-mana negara di Asia Tenggara ini tetapi perlu fokus kepada pasukan yang lebih hebat di pentas antaranbangsa.Bukan penulis bersikap sombong,tetapi inilah wajib ada pada minda pemain Malaysia jika mahu berjaya.

                        


Bukan hanya pemain,penyokong juga perlu mempunyai tranformasi minda jika ingin melihat Malaysia kembali gagah seperti dahulu.Contohnya ketika kita tewas kepada Liverpool 6-3 dalam Asia Tour sebelum ini,tewas tipis kepada Chelsea 0-1..Perlawanan persahabatan Harimau Muda A di Slovakia pula,kita menang tipis dengan beberapa pasuka kelab seperti FK Bodva Moldava,MFK Topvar Topolcani,,MFK Tatran dan selepas itu,kita tewas besar 1-4 kepada Budapest Honved(dalam tempoh entry ini ditulis).Apa kata penyokong kita??"Okey la tu,kita tewas kepada kelab bertaraf dunia,boleh bolos Liverpool 3gol pulak.Bagusla,bukan senang nk bolosi mereka"Kenapa kita tidak berfikir bahawa kita sebenarnya tewas kepada pasukan hanya berstatus kelab sedangkan kita adalah berstatus kebangsaan/negara.Skuad Harimau Muda A pula tidak boleh kalah kepada pasukan kelab kerana mereka adalah pasukan yang bakal membawa harapan negara beraksi dalam Sukan Olimpik.Inilah pemikiran yang harus diubah sebenarnya.Dalam kejohanan Universiade 2011 di Shenzen,China pula skuad universiti/belia kita pula tewas 1-2 masing-masing kepada Ukraine dan Brazil(dalam tempoh entry ini ditulis).Kata penyokong"Kita harus bangga kerana kita tewas kepada pasukan terbaik dunia,tewas tipis kira kita okey la kita bersaing sengit".Jika inilah pemikiran kita,nescaya bola sepak kita tak akan ke mana.Oleh itu,kita hendaklah berfikiran positif sekiranya ingin mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.KITA KENA INGAT TEWAS TIPIS 1-0 SEKALIPUN,KITA TETAP TEWAS.ITULAH HARUS ADA DALAM MINDA KITA SEBENARNYA.
                           

p/s:KAR bukan belagak pandai tetapi KAR mahu melihat skuad bola sepak kita di pentas Piala Dunia satu hari nanti.

Saturday, August 13, 2011

SUKAN MEDAN RAKYAT MALAYSIA BERSATU PADU..INGAT TUU!!!:)

Baiklah...ketika entry ini ditulis baru 5minit tadi Datuk Lee Chong Wei(Lcw) melangkah ke Final Kejohanan Badminton Dunia 2011 buat pertama kalinya..Tahniah buat LCW kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa..Proud of u beb!!:)
malaysia boleh!!

KIPASANGINRIBUT(KAR) bertiup kencang kali ini untuk menyedarkan kita sekali lagi bahawa sukan adalah medan terbaik untuk kita semua rakyat Malaysia bersatu padu.Tidak kira apa bangsa,warna kulit,kaum dan agama sekiranya "ANAK MALAYSIA" beraksi di pentas sesuatu sukan,rakyat Malaysia pastinya berbangga dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada atlet tersebut..Inilah yang dikatakan KITA ADALAH SATU MALAYSIA...

Akhir kata dari KAR untuk entry ini,ingatlah selamanya
"SUKAN PENTAS KITA SEMUA BERSATU PADU SEBAGAI MALAYSIA"^__^

proud to be malaysian..malaysia boleh!!!



                         


Wednesday, August 10, 2011

REVIEW PIALA MALAYSIA 2011

Kumpulan A
KEDAH
PERAK
SABAH
JOHOR


Undian bagi saingan Piala Malaysia 2011 kumpulan A menyaksikan pasukan Kedah diundi bersama-sama dengan pasukan Perak,Johor, dan negeri dari Pulau Borneo,Sabah.Kedah dilihat berpeluang cerah mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2011 jika dilihat daripada perkembangan semasa pasukan Kenari ini dimana mereka berjaya menduduki tangga ke-4 dalam saingan Liga Super musim ini di samping menjadi pasukan yang paling sedikit dibolosi iaitu dengan hanya 20gol sepanjang musim 2011 ini.Di bahagian serangan pula,Kedah memiliki nama-nama besar dalam kancah bola sepak di Malaysia seperti Baddrol Bakhtiar,Khyrill Muhymeen dan Azlan Ismail.Jadi tidak hairanlah Kedah merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan ini..Dalam pada itu,bagi pasukan Perak pula, mereka mungkin akan kembali mendapatkan khidmat bekas penyerang berbisa kebangsaan,Akmal Rizal Rakhli dalam saingan Piala Malaysia nanti.Berada dalam senarai 6pasukan terbaik Liga Super Musim ini,pasukan Perak dilihat tidak mempunyai masalah untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia musim ini.Memiliki gandingan pemain muda berbakat dan beberapa tonggak berpengalaman,perancangan jurulatih,Norizan Bakar pastinya ditagih peminat untuk menyaksikan Perak kembali merampas Piala Malaysia selepas beberapa tahun "kehausan piala".Bagi pasukan Johor dan Sabah pula,mereka perlu berusaha sekeras-kerasnya jika mahu mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia nanti.Bukan mahu memandang rendah keupayaan dua pasukan ini,tetapi "ramuan luarbiasa" perlu diadunkan oleh kedua-dua jurulatih pasukan ini jika mahu bersaing dengan pasukan Kedah dan Perak bagi mara ke pusingan suku akhir nanti.

PASUKAN PILIHAN KE SUKU AKHIR:KEDAH DAN PERAK


Kumpulan B
TERENGGANU
NEGERI 9
PKNS SELANGOR
KL SIME DARBY


Kumpulan B pula menyaksikan dua pasukan negeri iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan di undi bersama-sama dua pasukan berstatus kelab,PKNS Selangor dan KL Sime Darby dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.Kumpulan ini boleh diakatakan kumpulan maut apabila semua pasukan dalam kumpulan ini memiliki kelebihan tersendiri.Terengganu yang gah sebagai naib juara Liga Super tahun ini tidak boleh mendabik dada memandangkan mereka akan bersaing dengan pasukan Negeri Sembilan yang mempunyai "sentuhan ajaib"
Azraai Khor Abdullah yang pernah membawa kejayaan besar kepada pasukan Kedah sebelum ini disamping beberapa pemain kebangsaan seperti Aidil Zafuan dan S.kunalan yang pastinya mampu menghasilkan sesuatu buat pasukan ini .Selain itu,juara Liga Perdana 2011,PKNS Selangor juga pastinya memiliki rahsia tersendiri  dengan status mereka sebagai juara Liga Perdana tahun ini.Begitu juga dengan pasukan KL Sime Darby yang   
dilabelkan sebagai pasukan underdog tetapi harus diingat pasukan ini berjaya ke Piala Malaysia dengan menewaskan pasukan Pahang dengan agregat 6-0.

PASUKAN PILIHAN:TERENGGANU DAN NEGERI 9/PKNS SELANGOR


Kumpulan C
KELANTAN
JOHOR FC
FELDA UNITED
SARAWAK


Dalam saingan Kumpulan C pula,juara Liga Super 2011 "The Red Warrior" dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk sekali lagi mencuri tumpuan dalam saingan Piala Malaysia nanti.Memiliki pemain seperti Norsharul Idlan Talaha,S.Chanturu, dan beberapa lagi pemain,Kelantan dilihat mempunyai kekuatan di setiap bahagian dan pasukan terbaik untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini sekiranya prestasi mereka sentiasa konsisten dalam saingan Piala Malaysia nanti.Selain daripada itu,faktor penyokong yang sentiasa memnuhi stadium ketika pasukan ini beraksi dilihat sebagai tunjang kepada kekuatan pasukan Kelantan musim ini.Pasukan Johor FC,Felda United, dan Sarawak pula dilihat mempunyai kekuatan yang agak seimbang dalam kumpulan ini.Walau bagaimanapun,kita sedia maklum dalam sukan bola sepak,pasukan mana yang menyajikan persembahan bertenaga,pasukan itulah yang akan menjadi pemenang antara ketiga-tiga pasukan ini.Apa pun,Sarawak dilihat memiliki sedikit kelebihan dengan kejayaan mereka sebagai naib juara liga perdana 2011 disamping memiliki penyerang berbisa,Bobby Gonzales yang menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini.

PASUKAN PILIHAN:KELANTAN DAN SARAWAK


Kumpulan D
SELANGOR
T-TEAM
KUALA LUMPUR
PDRM


Tidak sah saingan Piala Malaysia tanpa pasukan Selangor.Bukan mahu memuji pasukan ini tetapi status mereka sebagai pasukan paling banyak kali menjulang Piala Malaysia menjadikan pasukan ini dianggap sebagai pasukan gergasi yang pastinya mahu dikalahkan setiap pasukan yang turun bertemu dengan pasukan "Merah Kuning".Memiliki jeneral pasukan kebangsaan,Safiq Rahim di bahagian tengah dan beberapa lagi pemain kebangsaan seperti Amirulhadi Zainal dan Assaruddin Putra,Selangor dilihat berpeluang cerah mara ke pusingan seterusnya dalam kumpulan ini.T-Team dan pasukan Polis Di Raja Malaysia(PDRM) dilihat menjadi pasukan pilihan selepas Selangor.Sementara itu,pasukan Kuala Lumpur pula kemungkinan akan menjadi pasukan belasahan memandangkan prestasi mereka yang agak merundum sejak kebelakangan ini disamping menjadi penghuni ketiga terbawah Liga Super 2011.

PASUKAN PILIHAN:SELANGOR DAN T-TEAM


info KAR:tahukah anda?Piala Malaysia merupakan kejohanan tertua di rantau Asia.Kejohanan ini bermula sejak tahun 1921 dikenali sebagai Piala MALAYA,pada tahun 1933 nama piala ini ditukar kepada Piala HMS MALAYA dan akhirnya dinamakan Piala Malaysia pada tahun 1967....

Monday, August 8, 2011

MANUSIA VS NOMBOR EKOR 4D

Entry aku kali ini berkisarkan tentang nombor ekor...saja2 timbul idea nak kencangkan tajuk ini sebab aku tengok semakin ramai yang tergila-gilakan nombor ekor nih!sebelum itu,KIPASANGINRIBUT(KAR) ingin menasihatkan sesiapa yang belum menceburi bidang ini,seeloknya jauhkanlah diri daripada terkena virus nombor ekor..:)


Di negara kita ada tiga agen nombor ekor iaitu Magnum,Da Ma Cai,dan Toto..Ada banyak lagi selain daripada 4D sebenarnya seperti 5D,6D dan sebagainya..biasalah,kalau sekali kita kena,memang kencang gila tetapi kita bayangkanlah kita terpaksa bertarung dengan 10000 ribu digit untuk memenangi "perlawanan nombor ekor"..kita kena memilih 4digit saja sedangkan nombor yang akan naik adalah 0000-9999..begitu banyak persaingan kita kan..??


Oh ya,hari untuk kita membeli nombor ekor bukannya setiap hari,tetapi hanya pada hari Ahad,Selasa(kadang2 jer ada),Rabu dan Sabtu..4kali seminggu:)


Baiklah,KAR nak bagitau kenapa orang tergilakan nombor ekor??
>>>>Nak kaya cepat..Jikalau sekali terkena,hidup terus berubah.
>>>>Benda-benda depan mata semuanya disimbolkan dengan nombor...cth:nampak ular depan mata,mesti tikam nombor ular..sebenarnya ada kamus untuk nombor ekor ni,semua dilambangkan dengan nombor..untuk ular,kambing,lembu,macam-macam ada..
>>>>Hobi..Ada pula manusia yang menjadikan nombor ekor sebagai hobi..kata mereka,hobi beli nombor ekor dapat duit berbanding hobi lain yang jelas menyebabkan poket kita kekeringan..KAR tanya"tak fikir pula kalau setahun kita sekali pun tak kena,duit kita tak habis ker??":)
>>>>Pengaruh rakan..ada kawan-kawan kita yang mendapat beribu-ribu hasil daripada nombor ekor ni..Akibat tertarik dengan rakan,,kita pun menceburkan diri...
>>>>Budaya masyarakat..ada dalam kalangan masyarakat kita percaya dengan satu kepercayaan di mana setiap manusia di muka bumi ini ada nombor bertuah untuk diri mereka sendiri..Nombor ini diperoleh daripada bomoh-bomoh yang bertauliah dalam mencari nombor "ong"untuk seseorang yang mahu tahu apa nombor paling kencang untuk diri mereka....

MAGNUM

DA MA CAI/KUDA
TOTO

CONTOH RESULT TOTO

psssstttttttttttttttttttt....walau pun begitu,KAR rasa kita beli nombor ekor lebih baik daripada kita jadi pencuri..xsusahkan orang sekeliling pun:)

TOP 5 TERKENCANG KIPASANGINRIBUT

NOMBOR 5


NOMBOR 4

NOMBOR 3 

NOMBOR 2

NOMBOR 1(LAGU PALING KENCANG)


Friday, August 5, 2011

GARY STEVEN BAKAL BINTANG HARIMAU MALAYA!!!!

Kipas Angin Ribut kali ini mahu meniup kencang tentang salah seorang pemain skuad Harimau Muda A(HMA) yang sedang meningkat naik ketika ini...Beraksi di bahagian tengah bertahan,dia bertindak sebagai nadi utama skuad HMA ketika mahu bertahan mahupun ketika mahu menlancarkan serangan.Pendek kata "arkitek" skuad HMA ketika ini..memakai jersi bernombor 12 itulah,GARY STEVEN ROBERT....


Berasal dari negeri jelapang padi,Gary Steven(GS) seterusnya menyambung pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ)..Daripada situlah GS terus mengembangkan bakatnya dalam sukan bola sepak sehingga terpilih menganggotai skuad HMA yang di hantar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) untuk beraksi di Liga Slovakia memandangkan skuad HMA adalah "skuad masa depan" Malaysia..


Apa yang membuatkan kipasanginribut ingin meniup kencang tentang player ini adalah disebabkan aksinya yang begitu memukau ketika HMA menewaskan Lubnan dalam aksi kelayakan olimpik sebelum ini walaupun tidak beraksi 90min penuh akibat dikenakan kad merah..Memiliki corak permainan keras,pantas,hantaran yg begitu tepat,tidak keterlaluan lah if kipasanginribut ingin melabelkan pemain muda ini sebagai antara pemain muda yang bakal menyinar dalam pentas bola sepak malaysia kelak...walau kipasanginribut bukanlah seorang jurulatih profesional sehebat Arsene Wenger tetapi sebagai seorang peminat bola sepak,kipasanginribut percaya dengan kebolehan yang ada pada pemain ini berdasarkan aksinya ketika menentang Lubnan dan Chelsea dimana disaksikan sendiri oleh kipasanginribut bersama beberapa orang kawan dan mereka juga tampaknya bersetuju GS antara playmaker terhebat dihasilkan Malaysia....:)

video dibawah ini(drpda sokernet.com)...hantaran world class inilah drpada GS ketika menewakan Lubnan 2-1...


gary steven robert

GS vs Drogba (gmbr drpd BERITA HARIAN)



KIPASANGINRIBUT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA GARY STEVEN DAN BERHARAP BELIAU AKAN BERJAYA DALAM KARIERNYA SEBAGAI PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL...TERUS PANDANG KE HADAPAN OK!!GUDLUCK!!!



Thursday, August 4, 2011

jadilah penorekers yg bijak!:)

Apa itu penorekers??penorekers merupakan satu perkerjaan yg dijalankan di sekitar perkampungan di mana terdapatnya pokok getah..hahaha..penoreh getah la tuu!baiklah,kali ini KIPASANGINRIBUT(KAR) ingin meniup kencang tentang perlunya menjadi seorang penorekers yg bijak seiring dgn teknologi semasa..achewah!jgn terkejut if ada jugak penorekers yg bawak laptop+brodband ke kebun untuk beronline sebelum menjalankan kerja-kerja mereka...teknologi beb!gaji penorekers skrg mmg kencang ok,lebih kurang gaji cikgu pon ada..

penorekers!!



Untuk pengetahuan semua,penorekers yg mempunyai pokok getah antara 300-400 pokok ketika ini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1K seminggu...ulang skali lagi,RM1K seminggu ok!skrg nie harga getah adalah dalam lingkungan rm6 mcm tulah..bygkan 300-400 pokok boleh mghasilkan getah asli sbnyk 210kg dlm tempoh sminggu kita mnjalankan kerja penorekers kita...(if xhujan)

pengiraan:

sehari boleh dpt dlm =30kg sehari X 7hari
                               =210kg semiggu

hasil1mggu menorekss=210kg X rm6
JUMLAH HASIL 1MGGU=RM1260 ok!bnyk tuu...

Kenapa KAR letak tajuk entry "JADILAH PENOREKERS YG BIJAK"??hahahahaa...
bkn apa,skrg ini kita bergerak dlm arus teknologi yg serba hebat,boleh kata apa benda maklumat yg kita nk, boleh dpt dgn mudah melalui dunia internet..lgpon kbanyakan rumah penorekers skrg rasanya ada internet dah kot,xkan la pasang internet semata2 untuk FACEBOOK je??hahahaha...KLIK jer dah dpt apa yg kita nk..

nih ada satu laman khas utk penorekers2 sekalian..harga getah skrg bknnya tentu,so SEMAK HARGA GETAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENJUALNYA.JADILAH PENOREKERS YG BIJAK...:)

tekan------>>>HARGA GETAH SEMASA...

senyum dan xperlu berkata apa..:)

sebulan banyak nih!!!



pssssssttttttttttttttt...jgn terkejut if penorekers skrg pakai HARLEY DAVIDSON!!!

Wednesday, August 3, 2011

BELUM MASUK WORLDCUP,DAH RIUH SEKAMPUNG

Terkejut jugak aku bila tgk gambar2 dlm FB yg telah di print screen oleh laman2 bola sepak bagaimana isteri/bini kapten bola sepak Singapura menghina player dan fans bola sepak malaysia....xnk komen bnyk,lihat gambar2 yg aku download kat bwh nih..



taula syg suami,xpyh la nk bising2 kat FB...if xnk suami kna kutuk,suruh dia stop main bola,
cari keja opsi ker,
senang cter..tp if boss kutuk suami kat ofis cm na plak??nk tulis kat FB plak??hahahha...profesional ok!
biasalah penyokong bola sepak asia..kutuk2 dlm stadium tuu biasala..mana2 ngara pon sama jer...if xleh trima kutukan pnyokog,suruh jer dia cari keja lain..XPYH MAIN BOLA..


pssstttttttttttt....cantik x isteri kapten singapore nih??hahahahahaha..:p

Tuesday, August 2, 2011

AWAS!!!SOPAN SIKIT OK...

Senyum semua..:)topik yg aku nk sembang kali nie adalah pasal budaya kutuk mgutuk/kritik mgkritik/caci mencaci dlm laman sosial yg tgh hot ketika ini iaitu...??xpyh habaq pon hgpa tau dah,apa lg if bkn FACEBOOK(FB).....bkn apa, dah lama aku tgk budaya nih menular dlm kalangan msyarakat kita yg mempunyai akaun FB...timbul idea aku post pasal benda nie apabila aku terbaca satu paper hari nih,tajuk nya.."MATI AKIBAT LAMAN SOSIAL"...seram dngaq tajuk pon,mcm FB boleh tembak,boleh tikam kita plak masa kita dok ber online...

Okeh!kita fikir tgk ADA APA DENGAN FB??


1st:----->kita tentu boleh dpt ramai kenalan ok!
2nd----->sahabat yg terpisah berdekad dlu pon boleh jmpa balik!
3rd----->cari awek/cari balak..ada jugak yg kebas awek org dlm FB..pantang comey ckit,msti dia add..haha
4th----->tempat kita luah perasaan..status2 semua tuh aduhai sgt menyedihkan kdg2..bkn apa,ayt tlalu  power smpai kwn2 dlm FB pon simpati padahal xla serius sgt pon...terlebih over!
5th----->bisnes,mcm2 kedai ada kat FB..
6th----->isi msa lapang..pantang ada msa free ja,online..
7th----->bt group pbincangan pasal plajaran..malalui chating(kononnya)hehehe
8th----->kita boleh tunjuk gambar bg kwn tgk..bkn nk blagak sbnarnya,tp gmbar2 yg kita upload adalah sbhagian drpda knangan hidup kita..:)..tp xpyh la smpai dlm bilik pon nk upload..haha
9th----->chating...
10th--->mndapat mcm informasi..add la wrtawan2,msti depa update status depa dgn mcm2 brita..xpyh tgk brita kat tv...



ada kebaikan,ada keburukan,TETAPI...........



kenapala mentaliti manusia niii???ada yg dah set siap2 if nk komen status kwn2,msti mau ada ayat2 yg perli la,samseng2 ckit la..igt macho ker??hensem ker??sweeeeettt ker??puuiiihhhhhhhhh!agak2la...purba lah fikiran mcm 2..igt ok!apa yg kita komen tuu semua kwn dia boleh baca..agak2 la nk komen pon,jgn smpai bnda peribadi pon nk komen2...klo xpuas hati sgt,FACE TO FACE BROTHER!!apa barang tulis kat FB smpai jari berpeluh,kat luaq mcm org bisu..hahahahaha...FB nie tmpat untuk kita bersosial jer..igt tuu!


pstttttttttttttt...jari anda nyawa anda!fikir sblm komen..:)











PERSAHABATAN:harimau malaya lwn oman

"Auuuummmmmm!!!Ibarat harimau terluka"..Mungkin tidak terlalu keterlaluan jika kita menyifatkan pasukan bola sepak kita ketika ini ibarat harimau yg terluka "tahap icu" selepas disingkirkan oleh pasukan Singapura dlm perlawanan kelayakan piala dunia yg lalu...SAH TIADANYA MALAYSIA DLM SAINGAN PIALA DUNIA 2014 nnt...



Walau bagaimanapun,Malaysia sekali lagi akan diuji dlm perlawanan persahabatan menentang Oman pada 9ogos ini..venue??mungkin di SSBJ kot..ranking Malaysia di tangga ke-146 manakala Oman pula di tangga ke-107 dunia mengikut ranking FIFA(fifa.com)...walau hanyalah sekadar perlawanan persahabatan,kemenangan mutlak pasukan kebangsaan sudah tentunya dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak di negara kita sekaligus mengembalikan kepercayaan peminat terhadap skuad ini dan tentunya jurulatih kebangsaan yg dikritik hebat selepas kita tersingkir dlm perlwanan kelayakan piala dunia 2014,Datuk K.rajagobal...





APA PUN,SELAMAT BERJUANG HARIMAU MALAYA...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU:)