Pages

Wednesday, August 10, 2011

REVIEW PIALA MALAYSIA 2011

Kumpulan A
KEDAH
PERAK
SABAH
JOHOR


Undian bagi saingan Piala Malaysia 2011 kumpulan A menyaksikan pasukan Kedah diundi bersama-sama dengan pasukan Perak,Johor, dan negeri dari Pulau Borneo,Sabah.Kedah dilihat berpeluang cerah mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2011 jika dilihat daripada perkembangan semasa pasukan Kenari ini dimana mereka berjaya menduduki tangga ke-4 dalam saingan Liga Super musim ini di samping menjadi pasukan yang paling sedikit dibolosi iaitu dengan hanya 20gol sepanjang musim 2011 ini.Di bahagian serangan pula,Kedah memiliki nama-nama besar dalam kancah bola sepak di Malaysia seperti Baddrol Bakhtiar,Khyrill Muhymeen dan Azlan Ismail.Jadi tidak hairanlah Kedah merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan ini..Dalam pada itu,bagi pasukan Perak pula, mereka mungkin akan kembali mendapatkan khidmat bekas penyerang berbisa kebangsaan,Akmal Rizal Rakhli dalam saingan Piala Malaysia nanti.Berada dalam senarai 6pasukan terbaik Liga Super Musim ini,pasukan Perak dilihat tidak mempunyai masalah untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia musim ini.Memiliki gandingan pemain muda berbakat dan beberapa tonggak berpengalaman,perancangan jurulatih,Norizan Bakar pastinya ditagih peminat untuk menyaksikan Perak kembali merampas Piala Malaysia selepas beberapa tahun "kehausan piala".Bagi pasukan Johor dan Sabah pula,mereka perlu berusaha sekeras-kerasnya jika mahu mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia nanti.Bukan mahu memandang rendah keupayaan dua pasukan ini,tetapi "ramuan luarbiasa" perlu diadunkan oleh kedua-dua jurulatih pasukan ini jika mahu bersaing dengan pasukan Kedah dan Perak bagi mara ke pusingan suku akhir nanti.

PASUKAN PILIHAN KE SUKU AKHIR:KEDAH DAN PERAK


Kumpulan B
TERENGGANU
NEGERI 9
PKNS SELANGOR
KL SIME DARBY


Kumpulan B pula menyaksikan dua pasukan negeri iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan di undi bersama-sama dua pasukan berstatus kelab,PKNS Selangor dan KL Sime Darby dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.Kumpulan ini boleh diakatakan kumpulan maut apabila semua pasukan dalam kumpulan ini memiliki kelebihan tersendiri.Terengganu yang gah sebagai naib juara Liga Super tahun ini tidak boleh mendabik dada memandangkan mereka akan bersaing dengan pasukan Negeri Sembilan yang mempunyai "sentuhan ajaib"
Azraai Khor Abdullah yang pernah membawa kejayaan besar kepada pasukan Kedah sebelum ini disamping beberapa pemain kebangsaan seperti Aidil Zafuan dan S.kunalan yang pastinya mampu menghasilkan sesuatu buat pasukan ini .Selain itu,juara Liga Perdana 2011,PKNS Selangor juga pastinya memiliki rahsia tersendiri  dengan status mereka sebagai juara Liga Perdana tahun ini.Begitu juga dengan pasukan KL Sime Darby yang   
dilabelkan sebagai pasukan underdog tetapi harus diingat pasukan ini berjaya ke Piala Malaysia dengan menewaskan pasukan Pahang dengan agregat 6-0.

PASUKAN PILIHAN:TERENGGANU DAN NEGERI 9/PKNS SELANGOR


Kumpulan C
KELANTAN
JOHOR FC
FELDA UNITED
SARAWAK


Dalam saingan Kumpulan C pula,juara Liga Super 2011 "The Red Warrior" dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk sekali lagi mencuri tumpuan dalam saingan Piala Malaysia nanti.Memiliki pemain seperti Norsharul Idlan Talaha,S.Chanturu, dan beberapa lagi pemain,Kelantan dilihat mempunyai kekuatan di setiap bahagian dan pasukan terbaik untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini sekiranya prestasi mereka sentiasa konsisten dalam saingan Piala Malaysia nanti.Selain daripada itu,faktor penyokong yang sentiasa memnuhi stadium ketika pasukan ini beraksi dilihat sebagai tunjang kepada kekuatan pasukan Kelantan musim ini.Pasukan Johor FC,Felda United, dan Sarawak pula dilihat mempunyai kekuatan yang agak seimbang dalam kumpulan ini.Walau bagaimanapun,kita sedia maklum dalam sukan bola sepak,pasukan mana yang menyajikan persembahan bertenaga,pasukan itulah yang akan menjadi pemenang antara ketiga-tiga pasukan ini.Apa pun,Sarawak dilihat memiliki sedikit kelebihan dengan kejayaan mereka sebagai naib juara liga perdana 2011 disamping memiliki penyerang berbisa,Bobby Gonzales yang menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini.

PASUKAN PILIHAN:KELANTAN DAN SARAWAK


Kumpulan D
SELANGOR
T-TEAM
KUALA LUMPUR
PDRM


Tidak sah saingan Piala Malaysia tanpa pasukan Selangor.Bukan mahu memuji pasukan ini tetapi status mereka sebagai pasukan paling banyak kali menjulang Piala Malaysia menjadikan pasukan ini dianggap sebagai pasukan gergasi yang pastinya mahu dikalahkan setiap pasukan yang turun bertemu dengan pasukan "Merah Kuning".Memiliki jeneral pasukan kebangsaan,Safiq Rahim di bahagian tengah dan beberapa lagi pemain kebangsaan seperti Amirulhadi Zainal dan Assaruddin Putra,Selangor dilihat berpeluang cerah mara ke pusingan seterusnya dalam kumpulan ini.T-Team dan pasukan Polis Di Raja Malaysia(PDRM) dilihat menjadi pasukan pilihan selepas Selangor.Sementara itu,pasukan Kuala Lumpur pula kemungkinan akan menjadi pasukan belasahan memandangkan prestasi mereka yang agak merundum sejak kebelakangan ini disamping menjadi penghuni ketiga terbawah Liga Super 2011.

PASUKAN PILIHAN:SELANGOR DAN T-TEAM


info KAR:tahukah anda?Piala Malaysia merupakan kejohanan tertua di rantau Asia.Kejohanan ini bermula sejak tahun 1921 dikenali sebagai Piala MALAYA,pada tahun 1933 nama piala ini ditukar kepada Piala HMS MALAYA dan akhirnya dinamakan Piala Malaysia pada tahun 1967....

No comments: